Selasa, 5 Julai 2011

ASAL USUL SEKINCHAN

Menurut cerita, perkataan Sekinchan berasal dari nama salah seorang ketua kaum cina di kawasan ini yang bernama See Kin Chan. Beliau merupakan seorang peniaga yang berjaya disini dan membekalkan segala barang keperluan penduduk. Kedai beliau sentiasa menjadi tumpuan penduduk kerana merupakan antara kedai terawal disini.
 
Semasa zaman komunis dahulu, terdapat sebuah kem bagi menempatkan orang-orang cina di Sekinchan. Pada masa darurat, orang-orang cina telah dikumpulkan dalam kem ini dan mereka diawasi agar tidak terlibat dengan kegiatan subversive. Ini bagi mengelakkan kegiatan komunis yang sering menyebarkan dakyah mereka dikalangan orang-orang cina yang tinggal dikawasan bendang-bendang dan kebun di Sekinchan.
Para penduduk berketurunan cina ini telah dibahagikan kepada tiga (3) kem mengikut jumlah mereka. Kem-kem tersebut diberikan label iaitu Kem A, Kem B dan Kem C. Pertempatan ini diwujudkan sebagai perkampungan baru bagi melindungi penduduk cina yang tinggal bertaburan di kawasan bendang dan bagan dari ancaman komunis. Pada masa itu, petempatan Kem A terletak dikawasan yang dikenali penduduk tempatan sebagai 'Menkenel' atau 'Benkenel' (Main Canal), diikuti oleh kawasan yang menghala ke Sabak Bernam. Setiap satu kem menempatkan lebih kurang 2000 penghuni.

LOKASI MAKLUMAT AM

Sekinchan merupakan salah satu bandar terbesar di Sabak Bernam. Ia terletak di Mukim Pasir Panjang ygn meliputi beberapa kampung iaitu :

  1. Kampung Baru Seri Sentosa, Parit 5 Sekinchan
  2. Kampung Parit 7 Baroh, Sungai Leman
  3. Kampung Parit 7, Tali Air 7, Sungai Leman
  4. Kampung Parit 8, Tali Air 8, Sungai Leman
  5. Kampung Parit 8, Sungai Leman
  6. Kampung Tali Air 8, Sungai Leman
  7. Kampung Parit 9 Baroh, Sungai Leman
Sekinchan merupakan kawasan penanaman padi yang terpenting di Selangor. Disana kebanyakan penduduk menanam padi sebagai salah satu kegiatan ekonomi di sekinchan.

lawatan tadika kemas






lawatan tadika parit 8..













kelas E-BLOGGER 1