Menurut cerita, perkataan Sekinchan berasal dari nama salah seorang ketua kaum cina di kawasan ini yang bernama See Kin Chan. Beliau merupakan seorang peniaga yang berjaya disini dan membekalkan segala barang keperluan penduduk. Kedai beliau sentiasa menjadi tumpuan penduduk kerana merupakan antara kedai terawal disini.
Semasa zaman komunis dahulu, terdapat sebuah kem bagi menempatkan orang-orang cina di Sekinchan. Pada masa darurat, orang-orang cina telah dikumpulkan dalam kem ini dan mereka diawasi agar tidak terlibat dengan kegiatan subversive. Ini bagi mengelakkan kegiatan komunis yang sering menyebarkan dakyah mereka dikalangan orang-orang cina yang tinggal dikawasan bendang-bendang dan kebun di Sekinchan.
Para penduduk berketurunan cina ini telah dibahagikan kepada tiga (3) kem mengikut jumlah mereka. Kem-kem tersebut diberikan label iaitu Kem A, Kem B dan Kem C. Pertempatan ini diwujudkan sebagai perkampungan baru bagi melindungi penduduk cina yang tinggal bertaburan di kawasan bendang dan bagan dari ancaman komunis. Pada masa itu, petempatan Kem A terletak dikawasan yang dikenali penduduk tempatan sebagai 'Menkenel' atau 'Benkenel' (Main Canal), diikuti oleh kawasan yang menghala ke Sabak Bernam. Setiap satu kem menempatkan lebih kurang 2000 penghuni.
Pusat Jalur Lebar Sekinchan
Merapatkan Jurang Digital
Selasa, 5 Julai 2011
LOKASI MAKLUMAT AM
Sekinchan merupakan salah satu bandar terbesar di Sabak Bernam. Ia terletak di Mukim Pasir Panjang ygn meliputi beberapa kampung iaitu :
- Kampung Baru Seri Sentosa, Parit 5 Sekinchan
- Kampung Parit 7 Baroh, Sungai Leman
- Kampung Parit 7, Tali Air 7, Sungai Leman
- Kampung Parit 8, Tali Air 8, Sungai Leman
- Kampung Parit 8, Sungai Leman
- Kampung Tali Air 8, Sungai Leman
- Kampung Parit 9 Baroh, Sungai Leman
Selasa, 12 April 2011
Jumaat, 4 Mac 2011
Selamat Datang Ke Laman Pusat Jalur Lebar Sekinchan
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
salam perkenalan dan salam ukhwah pembaca2 dan blogger2 semua. lebih2 lagi kepada semua user ict dan libry yg sudi meluangkan masa melawat blog ini.pasti anda semua pernah mendengar dan pernah menjejakkan kaki ke tempat ni kan.. ya! inilah laman pusat jalur lebar sekinchan atau lebih dikenali sebagai pusat ict. Dimana kami menawarkan perkhidmatan penggunaan komputer,kemudahan internet secara percuma. kami juga memberi perkhidmatan photostat,printing,scanning dan perkhidmatan ini akan dicas mengikut harga yang ditetapkan. kami juga mengadakan kelas-kelas berkaitan dengan komputer seperti e-pembelajaran,e-dagang,e-kerajaan dan sebagainya. Perkhidmatan ini juga diberikan secara percuma.
So,check it out! ^_^
NOOR FARHANA BINTI HALIMI
PENYELIA IT
Perpustakaan Awam Pekan Sekinchan (PJL)
Jalan Dewan Sri Sekinchan
45400 Sekinchan Selangor
Darul Ehsan
Email:sekinchan@pjl.com.my
HP: 03-32411205 / 0176676178
Langgan:
Catatan (Atom)























